Sunday, March 6, 2011

mAaF kEnA iKhLAs

Yelah mungkin korang akan cakap,
alah benda kecik je tu..nanti-nanti dia ok la..tak payah la minta maaf..poyo jer...

Meh sini meh saya nak pesan pada korang yang berfikiran cam tu..bila sekali korang dah meminta maaf korang akan rasa hebatnya maaf ni..terpulang pada kesalahan korang jugaklah dan orang yang mahu memaafkan tu....


Bila dah sebut pasal kesalahan ni ia amat sinonim dengan ucapan kata maaf. Ingat balik kata ni,
"tidak ada orang yang tidak pernah melakukan kesalahan.."


Jadi setiap orang juga tidak terlepas dari mengucapkan kata maaf. Dengan satu kata maaf sebenarnya kita boleh menghapus semua dendam, permusuhan, kesalahpahaman dan apapun la yang berhubung dengan masalah hati. Apalagi kalau diucap dengan penuh ikhlas dan mengakui kesalahan tanpa berharap apapun.


Simple kan..1kata maaf jer. Tapi sayangnya ada juga sesetengah kita masih sukar nak mengucapkan kata maaf ni..emm..macammana nak buat tu?..ego?upss..korang la nilai..


Bahkan ada yang meng'explain'kan kesalahan dengan panjang lebar, berayat-ayat, berbunga-bunga demi menutup kelemahan dan akhirnya mengeruhkan lagi keadaan. Orang kita suka begitu berbanding mengucapkan kata maaf dengan kesungguhan?


Walaupun hanya 4 huruf, namun dalam pengucapannya tidak semudah dalam penulisannya. Tidak hanya pandai menulis sahaja. Yup, saya sedar malah saya sendiri merasainya, melafazkan kata maaf' ni perlukan keberanian dan kemahuan yang tinggi. Kalau tak, sumbanglah bunyi kata maaf tu. Bau2 tidak ikhlas pulak nanti.


Satu lagi..bila kita dah berani mengucapkan kata maaf, jangan pula kita terlalu berharap maaf kita diterima jam tu jugak. Kita dalam posisi meminta. Jadi, terserah pada orang tu la nak maafkan ke tidak. Jangan pulak marahkan orang tu apabila memang saatnya kita belum diberi maaf. Seperti yang saya katakan tadi, tengok jugaklah kesalahan tu macammana. Perlu memberinya masa. Yang penerima maaf, ingatlah kita ni manusia biasa tidak perfect mana pun.




.......saat-saat merindui buat insan-insan yg memahami..

No comments:

Post a Comment