Friday, April 1, 2011

..:: Ayat-Ayat Pedas Seorang Pompuan ::..


1. "Eh Peah, kenapa ko makin gemuk skang ni? Ko tak takut boyfriend ko carik makwe lain ke?"


2. "Peah, baju ko tak matching lah ngan badan ko... Nampak kelakar gila"


3. "Peah, tudung ko macam langsir kat sekolah asrama aku dulu... Memang sama sangatlah, cuma tudung ko ada kerongsang aje"


4. "Ish... Banyak gila nasik ko ambek Peah... Patutlah ko makin bulat skang"


5. "Peah, banyaknya jerawat ko... Ko tak pakai pencuci muka ke?"


6. "Eh Peah, gelapnya ko skang... Ko ada pergi kem motivasi ke minggu lepas?"


7. "Peah, baju ni buat ko nampak bulat gila taw... Ko beli lah baju ketat sikit"


8. "Peah, kain ko ni macam ada lambang mata satu lah... Ko tak takut kena tuduh ejen Freemason ke?"


9. "Semalam kan, boyfriend ko kol aku taw Peah... Memang sweet gila lah dia tu"


10. "Peah, aku rasa malu lah nak jalan ngan ko... Ko dress up lah macam aku ni"


11. "Alah Peah, henset apa lah ko beli ni... Beli lah yang up to date sikit"


12. "Peah, gaya ko jalan macam mak cik aku baru balik dari sawah taw"


13. "Selipar apa ko pakai ni Peah? Macam selipar jamban aje"


14. "Alah Peah, sikit-sikit takde duit... Apa lah ko ni"


15. "Peah, cuba ko jujur ngan aku... Ko rasa boyfriend ko tu sesuai ke ngan ko?"

mengeja vs gagap

"Sayew sukew makan lemboow"

"Hyep... Awak niy encem larh"

"I mish him beri2 muuchhh!"

"Akew tak sukew lah ngan diew tuh"

Apa korang rasa bila baca ni? Jijik? Nak muntah? Suka?
Fakop! Aku paling benci orang yang suka eja pelik-pelik camni... Annoying... Aku nak menulis empat ayat tu pun punyalah susah... Grrr!

Mungkin yang suka tulis camtu kurang kasih sayang... Mereka perlukan perhatian yang lebih dari orang-orang kebanyakan yang lain... Mungkin dengan cara camtu mereka akan kelihatan sebagai seorang yang manja, schuweet2, dan kiut-miut macam minah-minah Korea... Lagi-lagi bila tengah meluahkan perasaan di alam maya... Membuat status di pesbuk sebagai misalnya, dan mengharapkan akan ada jejaka-jejaka yang bajet gentelman akan motivate dan memberi semangat kepada si gedik untuk meneruskan hidupnya...


p/s: huh~gler susah nk bc msj bler dpt bhs comel la konon2.. merosakkn bhsa je bdk2 moden di alaf ini..hancussss

Friday, March 11, 2011

Kenapa Lelaki Sepatutnya Memilih Seorang Cikgu Sebagai Calon Isteri??

ahaha...tajuk entry yang agak menarik ye.. kalo cita2 bukan sebagai cikgu kite tidak boleh bergelar is3 ker?? mesti kena panggil is2 atau pun is1..bunyi mcm pelik tpi x berapa benar kan...
Antara hujah2 yang di boleh digunakan untuk bertekak antaranya ialah :



1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).



Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.



Sekejap.....

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.



Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?



Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.



4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?



Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.



Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?



Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.



5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.



Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)



6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?



Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!



Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. 



end of the story is:
Tidak  rugi kawin ngan cikguuu...heeee =)

Sunday, March 6, 2011

mAaF kEnA iKhLAs

Yelah mungkin korang akan cakap,
alah benda kecik je tu..nanti-nanti dia ok la..tak payah la minta maaf..poyo jer...

Meh sini meh saya nak pesan pada korang yang berfikiran cam tu..bila sekali korang dah meminta maaf korang akan rasa hebatnya maaf ni..terpulang pada kesalahan korang jugaklah dan orang yang mahu memaafkan tu....


Bila dah sebut pasal kesalahan ni ia amat sinonim dengan ucapan kata maaf. Ingat balik kata ni,
"tidak ada orang yang tidak pernah melakukan kesalahan.."


Jadi setiap orang juga tidak terlepas dari mengucapkan kata maaf. Dengan satu kata maaf sebenarnya kita boleh menghapus semua dendam, permusuhan, kesalahpahaman dan apapun la yang berhubung dengan masalah hati. Apalagi kalau diucap dengan penuh ikhlas dan mengakui kesalahan tanpa berharap apapun.


Simple kan..1kata maaf jer. Tapi sayangnya ada juga sesetengah kita masih sukar nak mengucapkan kata maaf ni..emm..macammana nak buat tu?..ego?upss..korang la nilai..


Bahkan ada yang meng'explain'kan kesalahan dengan panjang lebar, berayat-ayat, berbunga-bunga demi menutup kelemahan dan akhirnya mengeruhkan lagi keadaan. Orang kita suka begitu berbanding mengucapkan kata maaf dengan kesungguhan?


Walaupun hanya 4 huruf, namun dalam pengucapannya tidak semudah dalam penulisannya. Tidak hanya pandai menulis sahaja. Yup, saya sedar malah saya sendiri merasainya, melafazkan kata maaf' ni perlukan keberanian dan kemahuan yang tinggi. Kalau tak, sumbanglah bunyi kata maaf tu. Bau2 tidak ikhlas pulak nanti.


Satu lagi..bila kita dah berani mengucapkan kata maaf, jangan pula kita terlalu berharap maaf kita diterima jam tu jugak. Kita dalam posisi meminta. Jadi, terserah pada orang tu la nak maafkan ke tidak. Jangan pulak marahkan orang tu apabila memang saatnya kita belum diberi maaf. Seperti yang saya katakan tadi, tengok jugaklah kesalahan tu macammana. Perlu memberinya masa. Yang penerima maaf, ingatlah kita ni manusia biasa tidak perfect mana pun.




.......saat-saat merindui buat insan-insan yg memahami..

Aku Tak Cantik

AKU TAK CANTIK..
Tak bermakna kau boleh sesuka hati kutuk aku depan-depan. Kau ingat kau tu sape? kau ingat kau tu hensem?

AKU TAK CANTIK..
Tak bermakna aku tak reti masak.. pernah ker kau rasa apa yang aku masak?

AKU TAK CANTIK..
Tak bermakna aku perlu direndah-rendahkan.. kononnya aku yang terhegeh-hegeh kat kau..Masalahnya layak ke kau tu nak jadi "jejaka idaman"?

AKU TAK CANTIK..
Tak seharusnya aku dihina dan direndahkan semata-mata kerana aku dapat seorang kawan yang sangat cantik dan digilai ramai..

AKU TAK CANTIK..

Walaupun aku tak cantik..
Aku tak pernah nak kutuk sesiapa.. aku tak pernah menghina orang..
Aku juga ada perasaan walaupun aku diam saja ketika kau hina aku.. Aku juga ada maruah..
Kalau orang tu tak cantik tapi hatinya baik... susah nak jumpa orang yang akan kutuk dia.. tapi jika ada orang yang still kutuk dia.. orang tu HATInya sakit dan perlu dirawat
Kalau orang tu tak cantik dan berperangai hodoh.. terlalu ramai yang akan mengutuk.. "huh dah la hodoh.. hati busuk lak tu... pendek sengal!" contoh saje k. :)
Kalau orang cantik tapi perangai hodoh.. tetap kena kutuk.." harap muka je cantik.. perangai cam taik" contoh je k :)
Kalau orang cantik dan perangai pun baik.. ramai la akan puji " dah la cantik.. baik pulak tu... bertuahla kalau dapat wat menantu.." tapi kalau ada juga yang mengutuk.. tu mesti kutukan berbau cemburu.. haha mesti orang tu tak cantik sebab tu dia cemburu..



Nota Kaki :
time aku sekolah dulu aku pernah dikutuk oleh dua lelaki sbb aku tak cantik (maybe aku selekeh kot) dan dia buat seolah-olah aku terhegeh-hegeh nak kat dia.. padahal tengok dia pun aku dah menyampah sebab terlalu kerek dan perasan hensem( memang agak hensem pon.. tapi perangai cam taik).. & smpi hari ni masih ada sisa2 kemarahan aku kat mereka walaupon mereka dah mintak maaf.. sorry to say guys.. hati ni rasa pedih sangat dan rasa terhina.. kalau iyer pon kawan aku yang menjadi pujaan korang.. korang sepatutnya layan aku dengan baik sebab aku yang akan mainkan peranan penting adjustkan dia untuk korang.. tapi bila dah jadi cam ni...??? HARAPAN jer la

Friday, February 25, 2011

Pemergian seorang guru yang dikasihi

Seorang insan yg sgt mulia dan aku sangat sayang pergi meninggalkan bertemu penciptaNYA tanpa aku duga..Seorang insan yang banyak mengajar ku erti kehidupan, kehadiran insan itu sgt bermakna buatku,walaupun pd saat itu aku sgt memerlukannya penawar dlm kedukaan,insan itu hadir mmberi semangat kepada ku yg hampir rebah.. Dia adalah insan yang banyak memberi nasihat, tidak jemu2 memberikan ilmu kepada ku, aku bersyukur kerana memperoleh kejayaan dalam subjek mata pelajarannya.. Aku terkejut mendgr berita beliau mengidap penyakit kronik iaitu penyakit kanser payudara dan pemergiannya amat menyedihkan kerana beliau seorang guru yang amat prihatin dengan masalah anak didiknya...
Namun Allah lebih meyayanginya...
Dia Ustazah Sri Aznita Bt Ishak..
Al-Fatihah...semoga ia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Tuesday, February 15, 2011

Kereta "hot" di abad 2011...

Assalamualikum my readers!!!


Hari tetiba ter-excited nak kongsi cerita pasal perodua baru nie. Akan dikeluarkan tapi lambat lagi kutt. Nama kete nie Perodua Bezza. First tyme tengok video die mak aiii, mata nie dah macam nak terkeluar dah. Siyes. Macam tak percaya sangat-sangat cantik dan canggih!!! Kira dah makin maju lah perodua nie nak keluarkan kete cam nie rupa.

Pintu kat belakang 2 jangan maen-maen. Takde dah kte nak tarik then terbukak, nie die automatik punyaa. Die ke belakang sendiri. Yang 2 tak tahu lah kene tekan pape button ker apa. Tak sempat nak siasat. hahaha. Then nak stat enjin takde nyee pakai kunci, die ada button auto khas tao. OMG, nape gempaq kete nie?









Style kan? Dah laa style dengan lampu depan belakang die yang mantabonn nie buat hati ku rasa terpikat jer. Memang caya lahh Malaysia boleh keluarkan kete cam nie. Tabikk springg punyaa!!! Tapi tak tahu lah tang harga 2 berapa pulakk. Kompem mahal punyaa kutt. Fuhhh, cam nak beli. Cewahh!!!

Nampak moden gila kat belah dalam Perodua Bezza nie. Sume nyee bertukar abes dari design dorang yang sebelum-sebelum nie yang nampak cam biasa jer. Sape tak terpikat dengan kete nie wehh. Cantik gilaa. Cuba lahh korang usha elok-elok gambar nie, sume nyee lain suda. Kat pedal 2 style sangat & tak berapa tahu sangat function-function kat dalam kete nie sebab tak dinyatakan pulakk.wahahahaha

OMG, seat die boleh pergi kiri kanan 2, sape boleh buat cam 2? Takde pun kan. hahaha. Laen dari yang laen nie, terbaek dari ladang!!! Seat pun wane putih suci bersih n cantik. Fuhh, rugi kalo tak beli nie. hehehe. Tak saba nak tunggu kete nie keluar tapi cam lambat lagi lahh. Kenapa lambat? heee~

sekiranya da dpt kereta ni, x der Mr.F pun x per..huhuhuhu jgn mara eh Mr.F..tu bf i yg plg setia ok..