Sunday, March 6, 2011

Aku Tak Cantik

AKU TAK CANTIK..
Tak bermakna kau boleh sesuka hati kutuk aku depan-depan. Kau ingat kau tu sape? kau ingat kau tu hensem?

AKU TAK CANTIK..
Tak bermakna aku tak reti masak.. pernah ker kau rasa apa yang aku masak?

AKU TAK CANTIK..
Tak bermakna aku perlu direndah-rendahkan.. kononnya aku yang terhegeh-hegeh kat kau..Masalahnya layak ke kau tu nak jadi "jejaka idaman"?

AKU TAK CANTIK..
Tak seharusnya aku dihina dan direndahkan semata-mata kerana aku dapat seorang kawan yang sangat cantik dan digilai ramai..

AKU TAK CANTIK..

Walaupun aku tak cantik..
Aku tak pernah nak kutuk sesiapa.. aku tak pernah menghina orang..
Aku juga ada perasaan walaupun aku diam saja ketika kau hina aku.. Aku juga ada maruah..
Kalau orang tu tak cantik tapi hatinya baik... susah nak jumpa orang yang akan kutuk dia.. tapi jika ada orang yang still kutuk dia.. orang tu HATInya sakit dan perlu dirawat
Kalau orang tu tak cantik dan berperangai hodoh.. terlalu ramai yang akan mengutuk.. "huh dah la hodoh.. hati busuk lak tu... pendek sengal!" contoh saje k. :)
Kalau orang cantik tapi perangai hodoh.. tetap kena kutuk.." harap muka je cantik.. perangai cam taik" contoh je k :)
Kalau orang cantik dan perangai pun baik.. ramai la akan puji " dah la cantik.. baik pulak tu... bertuahla kalau dapat wat menantu.." tapi kalau ada juga yang mengutuk.. tu mesti kutukan berbau cemburu.. haha mesti orang tu tak cantik sebab tu dia cemburu..



Nota Kaki :
time aku sekolah dulu aku pernah dikutuk oleh dua lelaki sbb aku tak cantik (maybe aku selekeh kot) dan dia buat seolah-olah aku terhegeh-hegeh nak kat dia.. padahal tengok dia pun aku dah menyampah sebab terlalu kerek dan perasan hensem( memang agak hensem pon.. tapi perangai cam taik).. & smpi hari ni masih ada sisa2 kemarahan aku kat mereka walaupon mereka dah mintak maaf.. sorry to say guys.. hati ni rasa pedih sangat dan rasa terhina.. kalau iyer pon kawan aku yang menjadi pujaan korang.. korang sepatutnya layan aku dengan baik sebab aku yang akan mainkan peranan penting adjustkan dia untuk korang.. tapi bila dah jadi cam ni...??? HARAPAN jer la

2 comments: