ouh..lamanyer da x update blog nihhh..
so,,skrg ni nk bercerita mengenai alam hantu ni.. mestikah dye muncul di malam khamis malam jumaat kan?? we all pun x taw kebenaran cerita ini..
jom kte layan sat naa.
Siapa kata hantu duduk kat kampung je? Jika korg yg lahir kat JB tak pernah dgr cerita hantu dari mulut ke mulut, mmg tak sah la..
Ingat lagi tak pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik budak? Ianya juga di kenali sebagai Wanita Setan.. Hantu tu di katakan menaiki kereta Kancil berwarna merah.. Time tu tahun 1999, aku darjah 6.. Dah nak masuk waktu maghrib je, semua budak2 tak kira la lelaki atau pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena culik ngan hantu tu.. waktu malam hingga ke subuh di katakan hantu itu 'beroperasi' mencari mangsa.. Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org gadis.. Sebab apa dia nak tangkap 20 org gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg menghilangkan hodoh di muka akibat melanggar pantang..
Oleh sebab tu juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi wajahnya yg kelihatan hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu.. Di dewasa ini aku terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL? HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada cerita² macam ni.
Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar.
Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?
Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.
hehe.. hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu.. ok itu cerita pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg pernah kecoh di Johor Bahru..
Pengenalan Orang Bunian
Sebelum aku memulakan kisah mistik pada kali ini, aku nak korg amek pengetahuan tentang bunian. Korg selama ni pernah dgr bunian, alam bunian & segala bagai bunian? tapi korg tau asal usul yg lebih dlm mengenai bunian? Orait.. terdapat 2 unsur yg di perkatakan mengenai wujudnya bunian iaitu manusia yang berkahwin dengan jin, manakala yg satu lagi mengatakan bunian ni 100% asalnya dari jin.. Bunian ni mcm manusia jugak, dia ada family, puak & struktur masyarakat.. Org bunian ni di katakan mendiami hutan belantara, jauh dari perhubungan dgn manusia, malah berkongsi rumah dgn keluarga manusia! Walaupun orang bunian duduk kat hutan, tak semestinya orang bunian tu adalah orang utan! kahkahkah.. Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa dengan pertolongan Allah SWT dan juga diketahui ada yg berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh (tok batin tak tau la pulak). Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam rahim wanita dan ada yg dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.
Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan selepas di sembunyi oleh bunian) tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal dari unsur tanah) dan bunian (berasal dari unsur api). Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin kembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu 'Rip Van Winkle'. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.. psssttt.. kalau korg wat usul periksa berkaitan Sultan Mahmud yg mangkat di julang tu, ada yg mengatakan bahawa beliau mempunyai isteri berketurunan jin/org bunian..
FAKTA:
<>Manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan & jin kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin.
<>Manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah.
<>Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
<>Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
<>Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
<>Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.
<>Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir. Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.
Aku bukan syirik kerana mempercayai, aku just nak kongsi pengetahuan yg sedia ada.. sharing is caring maa~ Kita tak boleh menidakkan kewujudan Jin & Syaitan.. kerana di dalam al-Quran pun telah di nyatakan..
crta lain akn bersambung di kemudian harii..
tungguuu!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment